Monday, 14 September 2015

PERSATUAN SOLIDARITI NASIONAL (PerSoNa)

Perhatian kepada AJK & Ahli PerSoNa
Agenda: Perhimpunan Aman Melayu Bersatu (Baju Merah)
Tarikh: 16 September 2015

Sukacita saya ingin mengingatkan terutama kepada Pengerusi-Pengerusi PerSoNa smeua negeri kerana saya dapat maklumat hampir 10 ribu ajk dan ahli PerSoNa seluruh Malaysia akan menyertai Perhimpunan Aman Melayu Bersatu pada 16 September nanti. Penyertaan ahli kebanyakannya melalui negeri masing-masing. Justeru, saya pohon kerjasama Pengerusi-Pengerusi PerSoNa negeri agar memberi perhatian dan peringatan kepada ahli-ahli PerSoNa agar bersikap profesional dan tidak menimbulkan sebarang tindakan atau perbuatan yang boleh mencemarkan nama baik PerSoNa dalam perhimpunan baju merah itu nanti.

Banner atau sepanduk yang mempunyai logo PerSoNa yag akan dibawa nanti mestilah mengandungi kata-kata semangat tetapi tidak boleh menggunakan tulisan yang kesat serta berbaur hasutan dan perkauman. Smua ahli-ahlu PerSoNa diminta mematuhi arahan yang ditetapkan. Jika ada perbuatan yang tidak bermoral yang cuba ditimbulkan oleh ahli-ahli PerSoNa maka Pengerusi-Pengerusi negeri akan bertanggungjawab sepenuhnya.

Suka saya ingatkan bahawa tujuan himpunan tersebut bukan untuk kepentingan mana2-mana pemimpin atau perjuangan politik individu tertentu tetapi objektif serta matlamat utama adalah untuk menyambut Hari Malaysia. Perhimpunan yang berkonsepkan baju merah ini adalah bagi mencerminkan semangat perpaduan serta mempamerkan solidariti yang kukuh dalam usaha menaikkan martabat Ketuanan Melayu di bumi bertuah ini. Jangan kita terikut dengan rentak pembangkang yang tidak punya akal yang waras kerana kita adalah rakyat Malaysia yang berhemah. Buktikan kepada pembangkang kewibawaan serta solidariti orang-orang Melayu yang berjiwa kental dan mempunyai semangat juang yang tinggi. Melayu tidak mudah termakan hasutan dan tidak akan terpengaruh dengan sebarang bentuk provokasi yang boleh mencalarkan imej kerajaan. Melayu akan tetap mempertahankan kuasa yang ada hingga ke titisan darah yang terakhir. Maka, jadikan bangsa Melayu yang majoritinya beragama Islam sebagai bangsa yang paling bermaruah dan disegani bukan setakat dalam negara malah seluruh dunia.

Norshahida Salleh
Presiden PerSoNa Kebangsaan

No comments:

Post a Comment