Friday, 16 February 2018

CATATAN SEJARAH LUKA UNTUK BANGSAKU.


Saya sekadar ingin berkongsi pndgn saya yang kurang ilmu politik dan cetek ilmu dunia ini.

Presiden parti dipilih oleh rakyat dalam PRU. Presiden yang dipilih akan menubuhkan satu organisasi pentadbiran bagi menerajui negara dan membentuk kerajan. Sebagai rakyat kita kena akur kepada pucuk pimpinan yang kita sendri pilih. Bagi peluang dan sokongan kepada kerajan untuk tadbir negara dengan licin dan lancar. Kita nak hidup dalam keadaan aman damai dan tenteram. Jika kita asyik timbul masalah dan perbalahan atau amal sikap adu domba macam mana kerajaan nak tadbir urus negara dengsn baik? Bab politik kita letak sebelah.

Seleps UMNO/BN berjaya menakhluki hati rakyat dan menang PRU maka kita kena patuh kepada parti yang menang. Parti lain kena akur tiada kompromi lagi kerana itu keputusan rakyat. Jika ada yang tak puas hati dengan kepimpinan kerajaan maka ada jalan terbaik untuk cari jalan penyelesaian bukan sengaja timbulkan konflik sehingga mencetus perbalahan. Suka atau tidak kita kena sokong pemimpin yang dipilih. Itu dituntut dalam Islam. Bagaimana kita hormat ibubapa kita mcm tu la kita kena hormat ketua/pemimpin yang dipilih. Selagi pemimpin itu tdk menganiayai rakyat atau menyuruh rakyat buat perkara-perkara yg terlarang dlm Islam maka selagi itu kita wajib patuh kpd pemimpin tersebut. Selagi pemimpin itu sujud di tikar sembahyang selagi itu dia adalah hamba Allah yg wajib kita bela.

Kita bukan sekadar melantik pemimpin untuk menjaga kebajikan rakyat semata tapi kita bertuankan pemimpin yg boleh mnjaga kesucian agama Islam seperti yg dituntut dlm Islam. Selama ini adakah kesucian agama Islam dinodai oleh pemimpin kita??? Malah negara kita merupakn negara Islam yg digeruni oleh negara-negara luar.

Kebajikan kita sebagai umat Islam sentiasa terjaga dan terbela. Presiden parti yg kita pilih mentadbir negara mengikut acuan yg betul. Jadi, tiada sbb kita nak jadi pembelot atau pengkhianat kerana gila nama, jawatan serta pangkat dan kuasa! Tiada alasan kita nk ubah kepimpinan yg ada kerana hidup kita sentiasa terbela dan tiada yg mati kelaparan atau ditindas. Kita kena ingt sejarah kerana sejarah tak pernah berbohong. Suatu masa dulu penjajah pernah tabur macam-macam janji manis untuk takhluk bumi bertuah ini...Akhirnya Allah bagi mereka kejayaan kerana usaha yg bersungguh-sungguh. Tapi Allah bagi kita pengajaran... Selepas tanah melayu jatuh ke tgn penjajah apa yg terjadi...?? Hidup rakyat tersiksa...Tiada tempt tinggal... Anak isteri dibunuh dgn kejam...Nyawa rakyat tdk berharga lagi. Justeru, dgn susah payah rakyat kumpul tenaga untuk bangun menentang kezaliman penjajah melalui permuafakatan dlm UMNO/BN...

Alhamdulillah berkat kata sepakat dan bersatu padu yg diterjemahkn dlm UMNO/BN kita berjaya tuntut kemerdekaan. Kini kita telah merdeka... negara kita sudah maju... Tapj adakah kita ingin ulangi sejarah lampau yg cukup menyayat hati tu...???

Sudah-sudahlah kita bersengketa sesama kita. Itu semua agenda penjajah yg jadi tauladan kpd DAP! DAP adalah parti komunis yg jadi musuh bangsa melayu seumur hidup. Mereka tidak akan membela nasib bangsa melayu kerana bangsa melayu jadi musuh turun temurun lamanya. Mereka mahu negara Islam jadi negara komunis. Mereka mahu agama mereka jadi agama rasmi negara! Itulah perjuangan mereka yg sebenar. Jgn kita terpedaya dgn permainan DAP parti komunis yg pernah menganiayai bangsa-bangsa melayu suatu masa dulu. Jgn lupa sejarah hitam tersebut kerana sejarah mungkin akan berulang lagi. Kita dlm satu keluarga... Jika ada kekurangan cuba cari jln atasinya bkn cari jln untuk menghancurkannya.

Seburuk-buruk DS Najib sbg pemimpin negara beliau masih bertuhankan Allah swt. dan akan bersama kita di padang mahsyar untuk dihitung dan dihisab. Tapi di akhir landasan Allah sudah menjanjikan syurga kpd kita umat Islam. Sebaik-baik DAP mereka bukan sahabat kita di akhirat nanti...

Buat pilihan bkn kerana nafsu tapi ikut kata hati yg suci bersih. Fikirlah wahai bangsaku... Kita masih belum terlambat!

Ikhlas drp:
PerSoNa FEB 2018

Tuesday, 30 January 2018

RENUNGAN BERBISA UNTUK RAKYAT MALAYSIA YANG BERJIWA MERDEKA.

Perasaan rakyat terhadap pemimpin..._
Alhamdulillah...sampai saat ini kita masih berdiri teguh dan taat setia kepada agama, bangsa dan negara di bawah teraju kepimpinan yang dipilih oleh  rakyat. Walau ada yang sering mempertikaikan kekurangan kredibiliti pemimpin samada di peringkat akar umbi mahu pun peringkat tertinggi. 

Kita tidak akan mengajar diri kita jadi biadap atau khianat kepada pemimpin. Apabila ada ketirisan dalam kepimpinan kita tidak boleh terus melabelkan mereka pemimpin yang bersalah atau korupsi, kerana mreka tetap memperjuangkan nasib rakyat dengan pelbagai cara dan usaha. Selagi mereka msih menjadi tetamu Allah dalam masjid serta melengkapi hidup sebagai hamba Allah maka kita kena taat selagi kita tidak disuruh melakukan perkara-perkara yang dilarang. Kita cuma mampu berserah kepadaNYA untuk mengadili segala-galanya. Kita tidak boleh menghukum kerana kita juga hamba Allah yang lemah. Kita yakin dan percaya bahawa Allah maha mengetahui.. Setiap perbuatan ada pembalasannya. Kita jangan jadi hakim dengan menggunakan akal yang cetek kerana Allah lebih mengetahui niat serta hati budi umatnya. 

Siapalah kita.. cuma insan kerdil yang tidak akan kekal di dunia yang fana ini. Di akhir landasan kita tetap akan kembali bertemu denganNYA. Justeru, jadilah hamba Allah yang setia kepada pemimpin seperti yang dituntut dalam Islam. Allah tidak suka hambanya mengutuk atau mencaci pemimpin walaupun pemimpin itu berhadapan dengan tuduhan membunuh tapi selagi belum disabitkan atau dibuktikan bersalah maka bukan urusan kita untuk menghukum sesuka hati. Apatah lagi berpakat dgn kafir harbi yang dilaknat Allah semata-mata untuk menjatuhkan pemimpin tersebut. Tuduhan belum membuktikan kesalahan jadi, kita serah kepada kebijaksanaan undang-undang yang ada sebagai perisai bagi mengatasi segala kekhilafan manusia di dunia yang fana. Kita tidak mampu mengatasi kuasa Allah SWT dengan hanya sekadar menjiwai naluri yang seperti lalang ini dengan menuduh atau meletakkan kesalahan kepada orang lain sehingga mendorong kita menjadi pengkhianat kepada pemimpin yang dipilih oleh tangan kita sendiri dgn izin drpNYA. Tanpa rahmat serta hidayah daripada Allah mustahil pemimpin tersebut dapat berada di situ kerana qada' & qadar manusia sememangnya sudah tertulis. 

Kita harus redha dan terima apa saja yang telah ditetapkan olehNYA. Kita anggap bahawa kita kini sedang diuji untuk berhadapan dgn segala kemungkinan sebagai satu dugaan drp Allah. Kita perlu mengingati diri kita supaya jangan mudah terpengaruh dengan hasutan yang boleh membawa kehancuran kepada negara. Sebagai hamba Allah adalah menjadi tugas kita untuk taat setia kepada pemimpin demi kesejahteraan serta kelestarian hidup rakyat. Pemimpin itu juga hamba Allah & dia juga tidak akan terlepas daripada azab yang lebih pedih daripada Allah jika dia gagal bertangungjawab menjadi khalifah Allah yang jujur & amanah di muka bumi ini. Kita tiada hak menggempur perlembagaan yg menjadi tonggak sistem demokrasi. Kita juga tidak rela mnjadi bangsa melayu yang hina di mata bangsa lain. Kita tidak sanggup memperjudikan nasib bangsa sendiri dengan menjual maruah diri semata-mata untuk menjatuhkan pemimpin tanpa mengikut saluran yang betul. Perbuatan itu sudah bercanggah dengan ajaran agama. Kadang2 kita rasa kita bertindak bijak konon mahu mempergunakan pengaruh Democratic Action Party atau Parti DAP bagi merealisasikan impian kita...tapi jangan ingat DAP itu tidak sebodoh yang kita sangka. Agenda mereka lebih jahat dan disusun begitu teliti sekian lama bertujuan untuk menghancurkan agama Islam. Kita cuma jadikan mereka titi buruk tapi bangsa kafir harbi ini akn menjadikan pemimpin dan bangsa-bangsa melayu yang sesat sebagai jambatan emas dengan memberi mereka laluan mudah untuk mengatur strategi licik membunuh ketuanan melayu atas satu matlamat iaitu untuk menghapuskan kegemilangan agama Islam yang menjadi benteng kekuatan umat Islam. Kita sedia maklum sesungguhnya Islam adalah musuh tradisi turun temurun keturunan mereka. Justeru, kita harus berdiri teguh dengan pendirian kita bahawa kita sesekali tidak akan menyokong pemimpin yang bersubahat dengan bangsa kafir harbi ini. Jika kita diberi pilihan antara..

1) Pemimpin melayu yang bermasalah atau korupsi
2) Pemimpin melayu yang bersubahat atau menyokong kafir harbi

Maka tanpa berfikir panjang kita pilih yang pertama. Yang pertama masih boleh dibentuk serta diperbaiki. Tapi jika kita pilih yang kedua maka masa depan bangsa melayu & umat Islam akan lebih kelam serta melarat kerana hidup kita akan ditindas. Sama2 kita berpegang dengan janji Allah bahawa sejahat2 orang Islam selepas dihitung & dihisab tempat mereka tetap dalam syurga Allah. Mereka tetap saudara kita. Manakala tempat kaum kafir harbi sudah ditetapkan dalam neraka jahanam tanpa ada kompromi lagi. Itu janji Allah. Kita tidak banyak pilihan.. 

Pemilihan pemimpin bukan di bawah pokok atau di tepi-tepi jalan. Kuasa di tangan rakyat Malaysia yang akan menjadi pengundi dalam PRU. Pemimpin tidak boleh naik sendri tanpa sokongan kita sebagai rakyat. Kita jangan lupa bahawa kita yang pilih pemimpin tersebut bermakna kita kena hormat keputusan kita sendiri tanpa prejudis. Tulisan ini sekadar memperingati diri kita daripada terus dibuai mimpi yang melalaikan.. Lalai di dunia yang sementara ini cukup merugikan kita kerana akhirat sana tempat yang kekal abadi. Akhirat nanti kita ditanya "siapa saudara kita"... maka jawablah dengan berani tanpa gentar *"saudara2ku adalah umat Islam"...*

Dengan ingatan tulus ikhlas daripada,
Presiden 
Persatuan Solidariti Nasional (PerSoNa) Kebangsaan.
30/01/2018