PULAU PINANG: DAP MENGAMALKAN SISTEM DISKRIMINASI SERTA RASIS BUKAN PARTI PEMBELA NASIB RAKYAT!
Bertitik tolak surat yg dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Pulau
Pinang berkaitan Cabutan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang
yang bertarikh 1&2 Julai 2015 berhubung dengan isu penggunaan
pembesar suara di masjid dan surau hanya dibenarkan untuk azan dan
iqamah sahaja, ternyata mendapat kecaman hebat daripada umat Islam
seluruh Malaysia yang prihatin dengan nasib umat Islam yang ada di
negeri Pulau Pinang. Tindakan ini seolah menyekat kebebasan beragama.
Ketua Menteri Pulau Pinang yang berfahaman komunis sememangnya tidak
akan peka dengan sensitiviti umat Islam malah sentiasa berusaha untuk
menyekat dan mengetepikan kepentingan orang Islam menunaikan ibadah di
negeri tersebut.
Rentetan daripada surat yang tersebar di laman sosial
sekali lagi orang Melayu dan umat Islam bangkit menentang keputusan yang
dianggap tidak adil dan sengaja menimbulkan isu ketegangan kaum. DAP
baru menerajui satu negeri tapi dilihat sudah berani bertindak di luar
batasan dengan menjadikan orang Melayu dan umat Islam sebagai sasaran.
Sudah banyak penyelewengan terhadap kebajikan orang Melayu didedahkan di
media sosial. Pada peringkat awal dulu kita dikejutkan dengan larangan
Perarakan Maulidul Rasul kemudian DAP bertindak merobohkan rumah-rumah
setinggan di kawasan yang diduduki oleh 99% orang Melayu untuk tujuan
pembangunan. Malah adun gengster Ng Wei Aik dirakam beberapa kali dengan
aksi kiasu, angkuh dan kurang ajar terhadap peniaga-peniaga bukan bangsa Cina.
Perkara yang membangkitkan perasaan marah pemuda Umno Pulau Pinang
apabila pembinaan struktur logo UMNO di Menara UMNO Negeri di Jalan
Macalister juga turut dirobohkan oleh MBPP. Sedangkan kewujudan
gerai-gerai di seberang jalan dan di sekitar kawasan terbabit yang jelas
mengganggu lalu lintas tidak diambil sebarang tindakan.
Pemerintahan
DAP di Pulau Pinang jelas menggambarkan bahawa DAP melaksanakan corak
pemerintahan yang berbentuk diskriminasi serta rasis. Justeru, sekali lagi orang-orang Melayu merancang untuk mengadakan perhimpunan baju merah bagi mengutuk serta mengecam tindak tanduk
DAP dalam beberapa isu yang ternyata mewujudkan jurang perkauman di
negeri tersebut.
Walaupun Pulau Pinang diperintah oleh pembangkang
tetapi mereka kena ingat bahawa Pulau Pinang tetap berada di bawah kuasa
kerajaan pusat yang ditunjangi oleh BN. Kerajaan pusat berhak ke atas
mana-mana negeri yang dikuasai pembangkang kerana kerajaan pusat yang bertanggungjawab
menyalurkan dana untuk melaksanakan pentadbiran dalam smua negeri.
DAP
tidak boleh bersikap biadap dan rakus dalam setiap tindakan tetapi harus
melaksanakan pentadbiran yang memberi keselesaan kepada rakyat tanpa
mengira ideologi politik. DAP nampak begitu terdesak membuat pelbagai
percaturan serta perancangan bagi memastikan agenda mereka dapat
berjalan dengan lancar menjelang PRU14 yang akan datang. Mereka rasa
cukup hebat dan angkuh kerana dapat menarik perhatian serta sokongan
daripada orang-orang Melayu.
Perkara yang paling menyedihkan apabila ada
segelintir orang-orang Melayu yang bertindak menyokong DAP secara membuta
tuli sehingga tersasar daripada akidah Islam. Pepatah Melayu ada
menyebut pokok tidak akan tumbang kerana ribut tetapi pokok akan tumbang
kerana hulu. Bangsa lain mustahil dapat menghapuskan keturunan Melayu di
bumi bertuah ini melainkan bangsa Melayu sendiri yang menjadi pembunuh
bangsanya sendiri.
Norshahida Binti Salleh
Presiden PerSoNa Kebangsaan.