Saturday, 3 October 2015

PULAU PINANG: DAP MENGAMALKAN SISTEM DISKRIMINASI SERTA RASIS BUKAN PARTI PEMBELA NASIB RAKYAT!

 

Bertitik tolak surat yg dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang berkaitan Cabutan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang yang bertarikh 1&2 Julai 2015 berhubung dengan isu penggunaan pembesar suara di masjid dan surau hanya dibenarkan untuk azan dan iqamah sahaja, ternyata mendapat kecaman hebat daripada umat Islam seluruh Malaysia yang prihatin dengan nasib umat Islam yang ada di negeri Pulau Pinang. Tindakan ini seolah menyekat kebebasan beragama. Ketua Menteri Pulau Pinang yang berfahaman komunis sememangnya tidak akan peka dengan sensitiviti umat Islam malah sentiasa berusaha untuk menyekat dan mengetepikan kepentingan orang Islam menunaikan ibadah di negeri tersebut.

 

Rentetan daripada surat yang tersebar di laman sosial sekali lagi orang Melayu dan umat Islam bangkit menentang keputusan yang dianggap tidak adil dan sengaja menimbulkan isu ketegangan kaum. DAP baru menerajui satu negeri tapi dilihat sudah berani bertindak di luar batasan dengan menjadikan orang Melayu dan umat Islam sebagai sasaran.


Sudah banyak penyelewengan terhadap kebajikan orang Melayu didedahkan di media sosial. Pada peringkat awal dulu kita dikejutkan dengan larangan Perarakan Maulidul Rasul kemudian DAP bertindak merobohkan rumah-rumah setinggan di kawasan yang diduduki oleh 99% orang Melayu untuk tujuan pembangunan. Malah adun gengster Ng Wei Aik dirakam beberapa kali dengan aksi kiasu, angkuh dan kurang ajar terhadap peniaga-peniaga bukan bangsa Cina. Perkara yang membangkitkan perasaan marah pemuda Umno Pulau Pinang apabila pembinaan struktur logo UMNO di Menara UMNO Negeri di Jalan Macalister juga turut dirobohkan oleh MBPP. Sedangkan kewujudan gerai-gerai di seberang jalan dan di sekitar kawasan terbabit yang jelas mengganggu lalu lintas tidak diambil sebarang tindakan. 


Pemerintahan DAP di Pulau Pinang jelas menggambarkan bahawa DAP melaksanakan corak pemerintahan yang berbentuk diskriminasi serta rasis. Justeru, sekali lagi orang-orang Melayu merancang untuk mengadakan perhimpunan baju merah bagi mengutuk serta mengecam tindak tanduk DAP dalam beberapa isu yang ternyata mewujudkan jurang perkauman di negeri tersebut. 


Walaupun Pulau Pinang diperintah oleh pembangkang tetapi mereka kena ingat bahawa Pulau Pinang tetap berada di bawah kuasa kerajaan pusat yang ditunjangi oleh BN. Kerajaan pusat berhak ke atas mana-mana negeri yang dikuasai pembangkang kerana kerajaan pusat yang bertanggungjawab menyalurkan dana untuk melaksanakan pentadbiran dalam smua negeri.

 

DAP tidak boleh bersikap biadap dan rakus dalam setiap tindakan tetapi harus melaksanakan pentadbiran yang memberi keselesaan kepada rakyat tanpa mengira ideologi politik. DAP nampak begitu terdesak membuat pelbagai percaturan serta perancangan bagi memastikan agenda mereka dapat berjalan dengan lancar menjelang PRU14 yang akan datang. Mereka rasa cukup hebat dan angkuh kerana dapat menarik perhatian serta sokongan daripada orang-orang Melayu.

 

Perkara yang paling menyedihkan apabila ada segelintir orang-orang Melayu yang bertindak menyokong DAP secara membuta tuli sehingga tersasar daripada akidah Islam. Pepatah Melayu ada menyebut pokok tidak akan tumbang kerana ribut tetapi pokok akan tumbang kerana hulu. Bangsa lain mustahil dapat menghapuskan keturunan Melayu di bumi bertuah ini melainkan bangsa Melayu sendiri yang menjadi pembunuh bangsanya sendiri.

 

Norshahida Binti Salleh
Presiden PerSoNa Kebangsaan.

No comments:

Post a Comment