PERANAN NGO SEBAGAI PERINTIS ORGANISASI KERAJAAN SERTA MENJANA PEMERKASAAN PARTI POLITIK NEGARA.
Pertubuhan badan bukan kerajaan Non-Goverment Organisation (NGO) adalah sebuah pertubuhan yang diasaskan oleh individu tertentu @ sebuah pertubuhan swasta yang tidak mempunyai sebarang hubung kait dengan mana2 badan kerajaan @ parti politik.
NGO mempunyai objektif serta matlamat tertentu bertujuan mempengaruhi kerajaan @ kepimpinan dalam parti politik supaya bersikap lebih neutral serta adil terhadap rakyat. Badan NGO berdiri di atas agenda misi visi berkaitan kepentingan perjuangan masing2. Jika ditinjau dari sudut konseptual NGO merupakan medium utama bagi penyertaan sosial dan politik yang cukup terkesan terhadap pihak kerajaan dan masyarakat khususnya.
NGO memegang prinsip berkecuali tetapi tetap memberi kerjasama serta sumbangan dalam usaha memperkukuhkan dasar2 kerajaan bertujuan mewujudkan suasana harmoni dan sejahtera serta meletakkan rakyat hidup dalam zon selesa.
Walaupun ada juga badan NGO yang ditubuhkan bertujuan mencabar kepincangan pentadbiran kerajaan atau menawarkan ideologi alternatif. Namun, sebagai sebuah badan NGO yang berdaftar dan diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia maka adalah tidak wajar badan NGO bertindak sebagai pembangkang. NGO sepatutnya mewakili kepentingan golongan2 tertentu yang tidak memiliki perwakilan dalam pembentukan dasar2 kerajaan dalam sistem politik negara. Apapun dari sudut kebebasan bersuara badan NGO yang menjadi anti kerajaan mungkin boleh memainkan peranan mengekang ketelanjuran tindakan dalam kepimpinan yang bercanggah. Tetapi haruslah dalam keadaan yang terkawal serta tidak melampaui batas kemanusiaan.
Kewujudan badan NGO sebenarnya banyak membantu meringankan beban kerajaan dalam menghadapi krisis isu2 semasa kerana NGO mampu memainkan peranan bertindak sebagai penyelamat meredakan ketegangan. NGO berfungsi sebagai saluran media paling berpengaruh dalam media sosial. Tertubuhnya badan2 NGO yang turut menjadi faktor penyumbang adalah kerana kesulitan parti politik yang dikatakan sukar dijadikan struktur bagi menyuarakan pelbagai kepentingan politik. Tidak banyak sikit sifat perkauman yang wujud dalam parti politik menghalang keberkesanan solidariti.
Justeru, di sini lah fungsi badan NGO menjadi pemangkin perjuangan nilai2 sejagat seperti demokrasi, kesaksamaan, kestabilan serta kesejahteraan rakyat. Dalam erti kata lain badan NGO mampu bertindak menandingi kuasa parti politik kerana NGO mempunyai kuasa non-partisan yang boleh menyatupadukan rakyat serta menyemai semangat solidariti walaupun berlainan parti atau fahaman politik yang berbeza. Jika diadun dengan berkesan.
Konklusinya, badan NGO berperanan besar bagi penambahbaikkan struktur organisasi berkesan dalam pembangunan modal insan serta meninggalkan impak yang berterusan dalam politik negara.
Artikel ditulis oleh,
Presiden
Persatuan Solidariti Nasional (PerSoNa)
No comments:
Post a Comment