Friday, 16 February 2018
CATATAN SEJARAH LUKA UNTUK BANGSAKU.
Saya sekadar ingin berkongsi pndgn saya yang kurang ilmu politik dan cetek ilmu dunia ini.
Presiden parti dipilih oleh rakyat dalam PRU. Presiden yang dipilih akan menubuhkan satu organisasi pentadbiran bagi menerajui negara dan membentuk kerajan. Sebagai rakyat kita kena akur kepada pucuk pimpinan yang kita sendri pilih. Bagi peluang dan sokongan kepada kerajan untuk tadbir negara dengan licin dan lancar. Kita nak hidup dalam keadaan aman damai dan tenteram. Jika kita asyik timbul masalah dan perbalahan atau amal sikap adu domba macam mana kerajaan nak tadbir urus negara dengsn baik? Bab politik kita letak sebelah.
Seleps UMNO/BN berjaya menakhluki hati rakyat dan menang PRU maka kita kena patuh kepada parti yang menang. Parti lain kena akur tiada kompromi lagi kerana itu keputusan rakyat. Jika ada yang tak puas hati dengan kepimpinan kerajaan maka ada jalan terbaik untuk cari jalan penyelesaian bukan sengaja timbulkan konflik sehingga mencetus perbalahan. Suka atau tidak kita kena sokong pemimpin yang dipilih. Itu dituntut dalam Islam. Bagaimana kita hormat ibubapa kita mcm tu la kita kena hormat ketua/pemimpin yang dipilih. Selagi pemimpin itu tdk menganiayai rakyat atau menyuruh rakyat buat perkara-perkara yg terlarang dlm Islam maka selagi itu kita wajib patuh kpd pemimpin tersebut. Selagi pemimpin itu sujud di tikar sembahyang selagi itu dia adalah hamba Allah yg wajib kita bela.
Kita bukan sekadar melantik pemimpin untuk menjaga kebajikan rakyat semata tapi kita bertuankan pemimpin yg boleh mnjaga kesucian agama Islam seperti yg dituntut dlm Islam. Selama ini adakah kesucian agama Islam dinodai oleh pemimpin kita??? Malah negara kita merupakn negara Islam yg digeruni oleh negara-negara luar.
Kebajikan kita sebagai umat Islam sentiasa terjaga dan terbela. Presiden parti yg kita pilih mentadbir negara mengikut acuan yg betul. Jadi, tiada sbb kita nak jadi pembelot atau pengkhianat kerana gila nama, jawatan serta pangkat dan kuasa! Tiada alasan kita nk ubah kepimpinan yg ada kerana hidup kita sentiasa terbela dan tiada yg mati kelaparan atau ditindas. Kita kena ingt sejarah kerana sejarah tak pernah berbohong. Suatu masa dulu penjajah pernah tabur macam-macam janji manis untuk takhluk bumi bertuah ini...Akhirnya Allah bagi mereka kejayaan kerana usaha yg bersungguh-sungguh. Tapi Allah bagi kita pengajaran... Selepas tanah melayu jatuh ke tgn penjajah apa yg terjadi...?? Hidup rakyat tersiksa...Tiada tempt tinggal... Anak isteri dibunuh dgn kejam...Nyawa rakyat tdk berharga lagi. Justeru, dgn susah payah rakyat kumpul tenaga untuk bangun menentang kezaliman penjajah melalui permuafakatan dlm UMNO/BN...
Alhamdulillah berkat kata sepakat dan bersatu padu yg diterjemahkn dlm UMNO/BN kita berjaya tuntut kemerdekaan. Kini kita telah merdeka... negara kita sudah maju... Tapj adakah kita ingin ulangi sejarah lampau yg cukup menyayat hati tu...???
Sudah-sudahlah kita bersengketa sesama kita. Itu semua agenda penjajah yg jadi tauladan kpd DAP! DAP adalah parti komunis yg jadi musuh bangsa melayu seumur hidup. Mereka tidak akan membela nasib bangsa melayu kerana bangsa melayu jadi musuh turun temurun lamanya. Mereka mahu negara Islam jadi negara komunis. Mereka mahu agama mereka jadi agama rasmi negara! Itulah perjuangan mereka yg sebenar. Jgn kita terpedaya dgn permainan DAP parti komunis yg pernah menganiayai bangsa-bangsa melayu suatu masa dulu. Jgn lupa sejarah hitam tersebut kerana sejarah mungkin akan berulang lagi. Kita dlm satu keluarga... Jika ada kekurangan cuba cari jln atasinya bkn cari jln untuk menghancurkannya.
Seburuk-buruk DS Najib sbg pemimpin negara beliau masih bertuhankan Allah swt. dan akan bersama kita di padang mahsyar untuk dihitung dan dihisab. Tapi di akhir landasan Allah sudah menjanjikan syurga kpd kita umat Islam. Sebaik-baik DAP mereka bukan sahabat kita di akhirat nanti...
Buat pilihan bkn kerana nafsu tapi ikut kata hati yg suci bersih. Fikirlah wahai bangsaku... Kita masih belum terlambat!
Ikhlas drp:
PerSoNa FEB 2018
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment